Monday 3 December 2012

Jibril AS, Kerbau, Kelawar & Cacing








 Jibril AS, Kerbau, Kelawar & Cacing

    Suatu hari Allah telah mengutuskan Jibril untuk bertanya kepada salah satu makhluknya  iaitu kerbau mengenai keadaan hidupnya menjadi seekor kerbau. Dalam cuaca yang panas,Jibril datang kepada kerbau lalu menanyakannya “wahai kerbau adakah kamu selesa dijadikan Allah sebagai seekor kerbau?” Si kerbau menjawab,”alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT menjadikan aku sedemikian rupa, daripada aku dijadikan seperti kelawar yang mandi dengan kencingnya sendiri”.



Di dalam gua,Jibril datang menemui  kelawar lalu menanyakan”wahai kelawar adakah kamu puas hati diciptakan Allah sebagai seekor kelawar?". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT menjadikan aku selesa begini daripada aku dijadikan seperti cacing yang kecil dan berjalan menggunakan perutnya. 




Lalu Jibril mendatangi cacing lalu menanyakan soalan yang sama.cacing menjawab dengan penuh gembira” aku bersyukur kepada Allah yang telah menciptakan aku sebagai seekor cacing daripada aku dijadikan Allah sebagai seorang manusia,apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh didunia ketika mati mereka akan diseksa selama-lamanya”.

0 comments:

Post a Comment

 
;