Monday 3 December 2012

Senang kan Ungkapan "terima kasih"


 Amalan terima kasih menjadi suatu madah yang senantiasa diucapkan dalam setiap kehidupan di dunia,bukan hanya masyarakat melayu yang didedahkan dengan kalimah terima kasih malah,seluruh masyarakat di dunia ini faham dan kenal erti di sebalik pengungkapan kalimah terima kasih. hanya cukup beberapa perkataan sahaja yang menghasilkan kalimah terima kasih yang memberi sejuta rasa penghargaan oleh sang penerima.kalimah yang sedikit tapi mempunyai maksud yang mendalam yang boleh memberikan kesan terhadap penerima apabila dituturkan. Nilai bahasa yang dipratikkan oleh masyarakat kita yang dari dahulu lagi memberikan  satu rasa kebanggaan kita sebagai masyarakat melayu.

   Senangnya kan bila kita memberi si penerima membalas dengan ucapan terima kasih, alangkah bahagianya hati si pemberi dengan ungkapan-ungkapan seperti itu. Malah dengan terima kasih juga mungkin membolehkan kita menjaga hubungan baik antara persaudaraan. Ungkapan yang manis dan penuh makna dalam sesebuah perhubungan. Amalan yang baik dan cantik ini kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat Malaysia .hanya kerana sikap riak dan sombong dan ego yang tinggi dalam diri menyebabkan kita kurang sedar kesannya semasa kita menuturkan terima kasih.

    Amat-amat senang ucapan terima kasih malah hendak mengucapnya bagaikan air yang mengalir . mungkin jarang ucapan-ucapan seperti itu di bibir mulut kita yang hanya tahu memberi dan diam . Mengapakah ucapan kalimah terima kasih amat dititik beratkan dalam urusan kehidupan?mungkihkah sekadar suka-suka atau ada nilai yang tersendiri.kita memahami bahawa konsep terima kasih dituturkan hanya untuk sekadar ikutan harian. Malah kita tidak tahu yang ucapan terima kasih itu memberi seribu erti .daripada ucapan itulah yang boleh membezakan samaada kita ini insan yang menghargai ataupun sebaliknya. Sedih rasanya bila kita melakukan pertolongan ikhlas dengan percuma tanpa mengharapkan ganjaran tetapi disudahi tanpa berkata apa-apa terhadap apa yang kita lakukan.

Hati yang sakit terubat jua bila orang menghargai hasil apa yang kita sudah lakukan.tetapi mengapa masih berat mulut untuk menuturkan perkataan terima kasih ini. Kita hendak orang mesra dengan kita tetapi kita dalam tidak sedar lenyapkan hubungan kemesraan antara persaudaraan.mungkin di saat ini bolehkah kita mengekalkan di hati dan tetapkan amalan terima kasih itu mudah dan sentiasa mudah disebut dalam pelbagai cara dalam menjalinkan perasaan harmoni dalam perhubungan.

0 comments:

Post a Comment

 
;