Monday 3 December 2012

Telaga zam zam


Telaga Zam-Zam







     Telaga Zam-Zam sudah lama dikenali sejak dari zaman Nabi Ismail a.s sewaktu ibunya Siti Hajar berlari-lari diantara bukit safa dan marwah semata-mata untuk mencari sumber air di padang pasir yang jerlus itu.
Seorang pengkaji pernah diperintahkan oleh raja faisal menyelidiki telaga air Zam-Zam untuk menjawab tuduhan kotor seorang doktor dari mesir.

    Pada tahun 1971, seorang doktor dari mesir mengatakan bahawa air Zam-Zam ini tidak elok diminum .Beliau berpendapat bahawa air Zam-Zam ini berasal dari air sisa buangan penduduk kota mekah yang meresap, kemudiannya mendap lalu terbawa bersama-sama dengan air hujan dan keluar dari telaga air Zam-Zam.Berita ini telah sampai kepada pengetahuan Raja Faisal, lalu Raja Faisal memerintahkan Menteri Pertanian Dan Sumber Air supaya memeriksa masalah ini dan menghantar sampel air Zam-Zam ke Laboratorium-Laboratorium di eropah untuk di analisis.

   Tariq Hussain, jurutera kimia yang bekerja di Institut Pemurnian Air Laut turut sama mendapat tugas untuk menyelidikinya.Tariq belum mengenalpasti gambaran dan bagaimana telaga Zam Zam boleh menyimpan air yang begitu banyak .Ketika sampai di dalam sumur, Tariq terkejut ketika menyaksikan bahawa ukuran telaga air Zam-Zam Cuma 18x14 kaki saja (kira-kira 5x4 meter).

   Bagaimana telaga yang kecil ini boleh mengeluarkan berjuta gelen air setiap musim hajinya. Dan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.Penyelidikan menunjukkan, mata air Zam-Zam boleh mengeluarkan sebanyak 11-18 liter air persaat. Dengan demikian, setiap minit akan dihasilkan 660 liter air .Tariq mulai mengukur kedalaman air telaga, dia meminta pembantunya masuk ke dalam air.Ternyata air telaga itu hanyalah mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci lalu dia menyuruh pembantunya memeriksa dari satu tempat ke tempat yang lain ternyata tidak ditemukan apapun.

   Dan sekali lagi pembantunya disuruh berdiri dan diam seketika di dalam air itu dan setelah itu pembantunya merasakan terdapat pasir-pasir halus menari-nari dibawah telapak kakinya. Air itulah yang keluar dari dasar telaga.Ketika masa pengepaman air dibuat untuk dialihkan ke tempat pendistribusian air, dia merasakan air yang keluar dari dasar telaga sama besar seperti sebelum tempoh pengepaman.Aliran air yang keluar,besarnya sama di setiap titik di semua kawasan.

   Keistimewaan telaga
Bagaimana di kawasan gurun batu yang tandus, kering dan panasnya boleh mencecah sehingga 500 darjah celsius itu boleh muncul sebuah telaga yang tidak pernah kering sejak ribuan tahun silam malah telah di ambil oleh berbillion manusia semenjak penemuannya. Ini salah satunya nikmat Allah bagi para Jamaah haji yang langsung dapat merasakan nikmatnya air ditengah-tengah padang pasir.Air Zam-Zam juga adalah air yang digunakan oleh Jibril semasa mencuci hati nabi Muhammad S.A.W di sumur Zam-Zam.

Bahwa Nabi saw bersabda : “Datang kepadaku seseorang (Jibril). Kemudian ia mengeluarkan hatiku. Setelah itu dibawalah kepadaku piala yang terbuat dari emas yang penuh dengan iman, lalu ia mencuci hatiku. Setelah itu menuangkan isi piala itu kepadaku. Kemudian hatiku dikembalikannya seperti sediakala.” (H.R. Bukhari dari Sa’sa’ah).

   Perbezaannya, air Zam Zam di dapati mengandungi kandungan Kalsium dan Magnesium yang tinggi yang menjadi salah satu faktor air Zam Zam ini dapat memberi kesegaran dan semangat kepada para jemaah haji yang mengalami jerit payah dan keletihan ketika mengerjakan ibadah haji. Lebih dari itu, air Zam Zam mengandungi rangkaian unsur fluorin yang berfungsi untuk membasmi kuman. Subhanallah! Di antara mukjizat yang terdapat pada air Zam Zam lagi ialah, di dalamnya tidak pernah membiak tumbuhan kulat atau hidupan-hidupan lain yang terdapat di dalam telaga-telaga lain sehingga membuatkan rasa serta baunya berbeza-beza.

    Hasil uji kaji makmal di Eropah ini telah menggagalkan usaha barat untuk menanamkan keraguan terhadap mukjizat air Zam Zam. Namun begitu, tanpa bukti uji kaji makmal seluruh umat Islam telah di yakinkan terlebih dahulu melalui rekod sejarah air Zam Zam yang semenjak kira-kira 4900 tahun dahulu lagi telah di gunakan sebagai minuman oleh jutaan jemaah haji tanpa mengalami sebarang masalah malah memberi khasiat yang luar biasa.
 Nabi s.a.w. bersabda,
خَيْرُمَاءٍعَلَىوَجْهِالأَرْضِمَاءُزَمْزَمَفِيهِطَعَامٌمِنَالطُّعْمِوَشِفَاءٌمِنَالسُّقْمِ
Sebaik-baik air di muka bumi adalah air zam-zam. Air tersebut boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan sebagai ubat kepada penyakit.”


0 comments:

Post a Comment

 
;