Monday 3 December 2012

Dunia sembunyikan kisah tentang Ka'abah







Dunia sembunyikan fakta besar tentang 
ka’abah.

Ternyata Bukan GMT Bukan Di Greenwich, Tapi Di Kaabah (Bukti Fakta Ilmiah)
   Istilah Ka’bah adalah bahasa Al Quran dari kata “Ka’bu” yang bererti “Mata Kaki” atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. Ayat 5/6 dalam Al-quran menjelaskan istilah itu dengan “Ka’bain” yang bererti ‘dua mata kaki’ dan ayat 5/95-96 mengandungi istilah ‘Ka’bah’ yang ertinya nyata “mata bumi” atau “sumbu bumi” atau kutub pusingan utara bumi.




   Ka’bah adalah pusat bumi sepertimana yang didakwa oleh Neil Amstrong. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.Semasa Neil Amstrong keluar ke Angkasa untuk pertama kalinya,beliau mendapati bumi telah tergantung ditengah-tengah suatu tempat yang gelap.

   Para Astronot telah mengumumkan di internet bahawa planet bumi itu mengeluarkan semacam radiasi,ternyata radiasi itu adalah berpusat di kota mekah.Tapi malangnya website itu dihapuskan atas sebab-sebab tertentu oleh sebahagian konspirasi barat untuk menyembunyikan fakta yang sebenar mengenai kota mekah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini dibuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus.

   Neil Amstrong amat kagum hasil penemuannya bahawa kota Mekah itu adalah pusat bumi seperti mana yang dipercayai oleh pengkaji-pengkaji muslim yang percaya kota mekah itu adalah satu penghubung antara Ka’bah di bumi dan Ka’bah di Akhirat.
Makkah Pusat Bumi.

   Prof. Hussain Kamel mendedahkan di dalam penelitian terhadap penentuan arah kiblat di kota-kota  besar di dunia,Ia menarik garis-garis di atas peta dari kedudukan ketujuh benua terhadap kota mekah lalu mengamatinya dari jarak masing-masing.Ia memulai menampakkan garis-garis yang sejajar hanya untuk memudahkan unjuran garis bujur dan garis lintang.

   Ia menyedari di sekeliling garis lingkaran yang mengelilingi kota mekah itu adalah ketujuh benua,pada yang sama ia bergerak bersamaan dengan keliling luar benua-benua tersebut. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos 1978).  Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, menekankan hasil yang sama ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan. 

    Telah menjadi teori yang mapan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makkah.Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan dimaksud untuk membuktikan bahawa Makkah adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam banyak majalah sains di Barat.
Allah berfirman di dalam al-Quran al-Karim sebagai berikut:
‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya .’
(Asy-Syura: 7)
Kata ‘Ummul Qura’ bererti pusat bagi kota-kota lain di sekeliling kota mekah, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang penting di dalam kultur Islam.Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Mekah adalah keunggulan dari kota-kota yang lain.

Makkah atau Greenwich
   Kota mekah adalah kota yang berada di tengah-tengah paksi bumi sebagaimana yang dikuatkan dengan penyelidikan dan gambar-gambar yang membuktikan lagi bahawa Mekah adalah satu-satunya pusat rujukan waktu dunia bukanlah Greenwich sepertimana di yakini oleh pengkaji-pengkaji barat.Dengan penemuan yang amat cemerlang ini boleh mengakhiri kontroversi lama selama 4 dekad yang lalu.

   Penentangan dan perbalahan ilmiah terus lagi mengakibatkan dunia akur dengan majoriti negeri-negeri di dunia ini di bawah jajahan inggeris mengenai Greenwich adalah pusat bumi.Mereka berpendapat bahawa kota mekah merupakan wilayah kosong yang melalui kota suci tersebut dan ia tidak melewati Greenwich di Britain.Jika waktu di kota mekah di terapkan dalam penggunaan hubungan masa di dunia ini,mudah bagi umat islam mengetahui waktu solat.Ada beberapa ayat dan hadits nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah berfirman, ‘Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.’ (Ar-Rahman: 33)
Kata aqthar adalah bentuk jamak dari kata ‘qutr’ yang bererti dia, dan ia merujuk pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.Dari ayat ini dan dari beberapa hadis dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, maka itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.Selain itu ada hadis yang mengatakan bahawa Masjidil Haram di Makkah, tempat Ka’bah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh bumi (maksudnya tujuh lapisan yang membentuk bumi).

sumber

0 comments:

Post a Comment

 
;