Monday 3 December 2012

Ketelitian Imam bukhari dalam hadis


Ketelitian Imam Al-Bukhari dalam periwayatan hadis





    Insan bertuah didalam tamadun islam diberi nama Muhammad Bin Isma’il Bin Ibrahim Bin Al-Mughirah Bin Bardizbah Al-Bukhari Al-Ju’fi  atau turut dikenali dengan Abu ‘Abdillah.Beliau telah dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah bersamaan hari jumaat di Bukhara(Uzbekistan).

   Al-Imam Al-Bukhari adalah seorang yang sangat cermat dan teliti dalam meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah.Pencinta ilmu ini yang sanggup berkorban sebahagian besar hidupnya bagi menjejaki sunah Rasulullah S.A.W .Beliau merupakan antara ahli hadis yang termashur di samping para hadis yang lain.
Sewaktu kecilnya Al-Imam Al-Bukhari telah hilang penglihatannya,maka Ibunya berkali-kali memohon doa daripada Allah supaya menyembuhkan penglihatan anaknya.Dan pada suatu malam,ibunya telah bermimpi didatangi oleh nabi Ibrahim a.s.Dalam mimpinya itu nabi Ibrahim a.s berkata” wahai si ibu yang mulia Allah telah telah mengembalikan penglihatan anakmu disebabkan doamu yang tulus dan ikhlas”.

   Terjaga dari mimpi si ibu mendekati Al-Imam Al-bukhari sambil melihat sendiri mata anaknya yangpulih.Berkat doa ibunya,terbuka hatinya untuk mendalami ilmu dengan lebih dalam,Ibunya merelakan anaknya berjauhan semata-mata pergi menuntut ilmu.Beliau telah mengembara beribu batu untuk mempelajari hadis,menuntut ilmu,dan mengamalkan hadis-hadis Rasulullah.Kecintaan dan minat yang mendalam dalam menuntut ilmu amat ketara sejak muda remaja lagi. Kesungguhannya dapat dibuktikan lagi apabila Imam Al Bukhari pernah bermusafir 8,000 kilomoter semata-mata untuk mendapatkan sepotong hadis.
   Sebahagian ahli ulama’ memberinya gelaran ‘Amirul Mukminin Fil Hadis’ kerana disebabkan oleh ilmunya yang meluas dalam bidang hadis.Diantara kitabnya yang termashur adalah ‘Al-Jamik ‘.Beliau telah menyusun daripada 600,000 hadis yang dipilih untuk dimuatkan dalam kitabnya selama 16 tahun.Beliau menyaring dan meneliti hadis-hadis yang diterimanya sebelum disklasifikasikan sebagai Hadis Sahih.

   Suatu ketika ,beliau pergi ke rumah seorang perawi hadis dan beliau melihat orang berkenaan  sedang menabur sesuatu kepada binatang ternakannya. Dan beliau melihat bahawa orang tersebut menabur pasir untuk mengumpan haiwan ternakannya supaya datang menghampirinya.Melihat daripada perbuatan orang tersebut,terdetik di hati Al Imam Al-Bukhari ,kalaulah orang ini boleh tidak berlaku jujur dengan binatang,dia juga mungkin boleh tidak jujur terhadap ilmu.Lalu beliau berjumpa dengan orang itu tetapi tidak mengambil hadis daripadanya.Al-Imam Al –bukhari tidak pula mencela atau mengumpat mereka sebaliknya beliau menyatakan “hadis ini tidak mencukupi syarat-syarat yang diperlukan untuk diangkat sebagai hadis sahih atau hadis ini tidak dipakai orang”.

   Semasa beliau ingin menulis sesebuah hadis di dalam kitabnya, beliau akan berwudhuk dan solat sunat dua rakaat .Bagi beliau ilmu ini adalah wahyu Allah jua,maka kepadanya untuk meminta pertolongan supaya menyempurnakan hadis yang ditinggalkan oleh rasul tercinta.Melalui ratusan ribu hadis yang dihafalnya, Imam Bukhari memilih hadis-hadis sahih menurut kriterianya, yang merupakan kaedah penelitian secara ilmiah dan berstruktur. Ini termasuklah pertimbangan dari sudut sanad (jaluran riwayat) hadis itu, apakah perawinya boleh dipercayai dan dapat diterima daripada sudut keperibadiannya dan kredibilitinya. Selepas penelitian rapi, Imam Bukhari hanya menyertakan 9,082 hadis terpilih dalam kitabnya, Sahih Bukhari.

0 comments:

Post a Comment

 
;