Monday 3 December 2012

Syaitan ke Masjid?












Syaitan Ke Masjid?
     Pada  awal subuh, seorang pemuda bangun dan mempersiapkan diri untuk pergi ke masjid,semasa dalam perjalanan ke masjid dia telah terjatuh lalu mengotorkan pakaiannya, dia pulang untuk mengambil wudhuk dan terus melangkau pergi ke masjid untuk kali yang kedua. Semasa dalam perjalanan,beliau sekali lagi terjatuh di tempat yang sama dan mengotorkan pakaiannya.lalu pemuda itu pulang untuk membersihkan dirinya dengan pakaian yang baru dan bersegera menuju ke masjid untuk kali ke tiga,semasa dalam perjalannya ke masjid kelihatan seorang lelaki muda menyapanya lalu berkata” aku melihat kamu jatuh di tempat yang sama sebanyak dua kali dan aku membawamu lampu untuk menerangimu .Lelaki itu berterima kasih di atas perbuatan lelaki muda tersebut.Maka mereka bersama-sama menuju ke masjid.

  Setibanya di masjid,pemuda tersebut mengajak teman barunya untuk sama-sama menunaikan solat di dalam masjid,tapi malangnya lelaki muda itu menolak,dicuba beberapa kali,tetap dengan jawapan  yang sama.Lelaki muda tersebut tiba-tiba bertukar wajah menjadi lembaga hodoh.Alangkah terkejutnya pemuda tersebut lalu lembaga itu memperkenalkan dirinya ialah syaitan.

   Syaitan menjelaskan kepada pemuda tersebut,akulah yang telah menjatuhkan kamu semasa kamu berjalan ke masjid.Dan di saat itu Allah telah mengampunkan semua dosamu. Aku cuba untuk menjatuhkan kamu untuk kali ke dua tetapi kamu tetap tidak berubah fikiran dan tetap berhasrat untuk pergi ke masjid. Dan di saat it  jua lah Allah telah mengampunkan dosa keluargamu. Aku harus pastikan yang kamu selamat sampai menuju ke masjid kerana aku takut bahawa Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu.

Dapat dirumuskan disini setiap perkara yang baik itu akan mendapat ganjaran mengikut niat kita janganlah kita abaikan sesekali sesuatu niat yang baik. Kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yang bakal kita perolehi dari segala kesulitan yang kita hadapi demi melaksanakan niat yang baik itu.

0 comments:

Post a Comment

 
;