Monday 3 December 2012

Tangan Kiri VS Tangan Kanan


Tangan Kidal  vs Tangan Kanan






Definisi Kidal
    Kidal bermaksud seseorang individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri lebih banyak daripada tangan kanan dalam perbuatan.Dalam masyarakat dunia,10 peratus dari 6.7 bilion populasi manusia menggunakan tangan kidal dalam urusan harian.Ada pakar yang menyatakan bahawa orang yang menggunakan tangan kidal ini disebabkan faktor genetik dan keadaan persekitaran.Tetapi kidal tidak juga melibatkan dari genetik latar belakang keluarga bahkan dalam sesuatu keluarga itu ada seorang sahaja yang bertangan kidal.





        Ada teori lain yang menyatakan punca kidal ini disebabkan oleh tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi dalam kandungan.

   Secara umumnya orang yang menggunakan tangan kidal dan tangan kanan tidaklah mempunyai perbezaan yang ketara. Akan tetapi jika ianya dikaji secara mendalam ,terdapat perbezaan yang kemungkinan boleh membezakan antara keduanya.Hubungan diantara otak dan Kidal secara amnya lebih menggunakan otak kanan .Ini kerana otak kita berfungsi secara songsang,otak yang kanan menguasai tubuh badan di sebelah kiri manakala otak yang di sebelah kiri pula cenderung  menguasai tubuh badan yang di sebelah kanan . Otak yang di sebelah kiri (kecenderungan menggunakan  bahagian kanan)menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.Otak yang di sebelah  kanan (kecenderungan menggunakan bahagian kiri) menguasai muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

Orang kidal Bijak?
   Dengan penguasaan otak kanan dikatakan individu kidal ini lebih bijak dari segi seni ,kreativiti dan kebijaksanaan.Memang ramai orang-orang tersohor menggunakan tangan kidal bukan kerana kidal tetapi mereka  80 hingga 90 peratus menggunakan kedua-kedua bahagian otak.Ini berpendapat bahawa si bertangan kidal ini bukan sahaja menggunakan otak kanannya secara maksima malah mereka juga turut menggunakan otak kiri lebih banyak daripada orang biasa yang menggunakan otak kiri. Orang kidal menggunakan hampir keseluruhan bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga turut melakukan beberapa kerja yang melibatkan penggunaan tangan kanan.Dan secara automatik orang yang bertangan kidal ini menggunakan hampir kedua-dua belah otak daripada orang biasa.Bijak atau tidak itu bergantung kepada individu .kanan atau kiri tetap sama ,yang memisahkan antara bijak atau tidak hanyalah usaha yang dilakukan untuk berjaya.



TOKOH-TOKOH KIDAL
Tokoh ternama
Aristotle (Ahli falsafah)
Mahatma Gandhi (tokoh keamanan),
Isaac Newton (saintis)
Albert Einstein (saintis)
Henry Ford Jr., (automobil)
Bill Gates (Teknologi Maklumat)
Seni ( suara, lukis, pertahanan diri/peperangan )
Saidina Umar Al-Khattab
Julius Caesar,
Alexander the Great,
Napoleon Bonaparte dan Isterinya,
Leonardo Da Vinci
Kelebihan Dan Kekurangan

1.Kesukaran bagi individu si kidal
Bagi individu kidal ini kesukaran menulis didalam buku tebal(diari,buku log, dll) lebih susah kerana individu kidal terpaksa menulis dari kiri ke kanan dan sebab itu mereka mempunyai gaya yang tersendiri dalam menulis.

  Kerusi meja(kerusi kuliah) meja kerusi didalam kuliah dicipta khusus untuk orang yang bertangan kanan maka individu kidal ini perlu menyesuaikan diri agar lebih selesa untuk menggunakan kerusi meja ini.Penggunaaan peralatan lain seperti tetikus,gunting,peralatan dapur dan lain-lain.Individu kidal juga dipercayai mempunyai beberapa kelemahan dalam aspek pengurusan,kesihatan,pendidikan,kerjarumah,dan 
sebagai seorang pelajar.
2.Kelebihan
    Seseorang yang menggunakan tangan kiri dikatakan mampu berfikir dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan. Selain daripada itu, hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan Searleman St. Lawrence juga mendapati bahawa tahap IQ orang yang menggunakan tangan kiri adalah lebih tinggi. Selain itu, orang yang menggunakan tangan kanan juga mudah untuk menggunakan pelbagai peralatan.

Makan Dengan Tangan kanan

Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)
Orang yang beragama islam mestilah makan dengan tangan kanan.Dipercayai orang kidal terutama di Malaysia ini menggunakan tangan kanan ketika makan,melainkan ada yang menggunakan sudu lebih tetap untuk memilih menggunakan tangan kiri. Alangkah baiknya jika menggunakan tangan kanan ketika makan, ikutan sunnah nabi.kan3




0 comments:

Post a Comment

 
;