Monday 3 December 2012

berbuatlah amal kebaikan walaupun ianya remeh



     Allah telah menciptakan semua kejadian di langit dan di bumi kepada hamba-hambanya untuk beribadah kepadanya.Kita sebagai makhluk yang di anugerahi oleh Allah dengan akal fikiran merasa bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan. Allah menyuruh kita memperbanyakkan amalan kebaikan dengan segala mengingati apa yang disuruh dan menghindari apa yang di larang.Allah s.w.t juga menasihatkan kita supaya sentiasa berlumba-lumba dalam menuju amal kebaikan.

firman Allah s.w.t  dalam surah surah Al-Baqarah “Maka berlumbalah kamu (dalam membuat) kebaikan.” (Surah al-Baqarah, ayat 148).

     Setiap amal yang kita lakukan di dunia ini mendapat ganjaran disisi Allah .Tidak kiralah amalan yang kita lakukan itu samaada kecil atau besar.Adakalanya amalan yang kecil itu dianggap mudah bagi kebiasaan orang dan dipandang enteng namun di saat amalan itulah yang ianya sangat berharga di sisi Allah. Di dalam sebuah hadis nabi
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki berguling-guling (bergembira) dalam syurga hanya kerana dia memotong dahan pokok di bahu jalan yang mengganggu manusia.” – (Hadis riwayat Muslim)
Hadis ini mengisahkan seorang pemuda berhenti di bahu jalan dan melihat sebuah dahan pokok yang menggangu orang yang lalu lalang. Dahan pokok itu kelihatan hampir-hampir hendak tumbang ke tanah.Maka dengan perasaan bimbang pemuda tersebut memotong dahan pokok itu itu di alihkan.
      Disebabkan di atas perbuatan pemuda tersebut Allah telah mengurniakan ganjaran syurga terhadap lelaki tersebut kerana amal kebaikannya yang mempunyai perasaan kasih kepada orang lain daripada ditimpa bencana.Allah telah merahmatinya dan membalas perbuatannya dengan nikmat yang paling bermakna dan penuh  kenikmatan .
     Sebenarnya kita tidak tahu apakah amalan yang kita lakukan di dunia ini ,mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah.Ganjaran dari Allah itu tetap ada namun hanya amal kita itu yang menentukan samaada dirahmati mahupun tidak.Bahkan setiap kali kita melakukan amalan seharian namun jika tidak mendapat keberkatan dari Allah seolah-olah sia-sia lah amal perbuatan yang kita lakukan.Kita tidak lari dari melakukan kesilapan walhal dalam perkara yang kita tidak sedar ,namun sentiasalah berbuat perkara yang memberikan anda keberkatan dengan niat yang murni dan tulus semata-mata kerana Allah s.w.t.

0 comments:

Post a Comment

 
;