Monday 3 December 2012

Fenomena Isbal


    Fenomena Isbal trend masa kini   Jarang kita mendengarkan mengenai “Isbal”,apa itu Isbal yang sebenarnya.Ramai muslimin di luar sana yang kemungkinan tidak mengetahui apa makna di sebalik kalimah Isbal .Mari kita lihat dengan teliti apa makna Ikbal yang sebenarnya.Ikbal adalah melabuhkan seluar atau kain hingga menutupi mata kaki,dan hal ini amat dilarang sama sekali dalam islam dan ditegah perbuatan itu.Ramai yang tidak mengetahui hal ini dan jarang mengamatinya dan langsung tidak mengendahkan perbuatan yang dilarang dalam cara pemakaian dalam kalangan lelaki.


    Fenomena ini turut menjadi trend kepada pemuda-pemuda islam di luar sana yang melabuhkan seluar ataupun kain melebihi mata kaki.Malah bagi sesiapa yang tidak berpakaian begini dianggap kolot dan ketinggalan zaman.Kebanyakan pemuda mengerti apabila hendak memulakan solat sahaja yang perlu meninggikan kain melebihi mata kaki kerana beranggapan ianya adalah sunnah nabi.Mahupun begitu ianya tidak memungkinkan untuk Isbal dalam apa jua aktiviti setiap kali berpakaian.Larangan Isbal bertujuan untuk mengelakkan seseorang itu daripada diperkatakan sombong, dan ada yang berpendapat sebaliknya.Walaupun anda tidak sombong dan riak dengan sengaja melabuhkan pakaian melebihi mata kaki tetapi Isbal tetap dilarang kerana mengikut apa yang terkandung di dalam
 sabda Rasulullah:    Ertinya : “Keadaan sarung seorang muslim hingga setengah betis, tidaklah berdosa bila memanjangkannya antara setengah betis hingga di atas mata kaki. Dan apa yang turun dibawah mata kaki maka bahagiannya di neraka. Barangsiapa yang menarik pakaiannya kerana sombong maka Allah tidak akan melihatnya” (Hadits riwayat Imam Abu Dawud 4093, Ibnu Majah 3573, Ahmad 3/5, Malik 12. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Al-Misykah 4331)    Didalam hadis ini dengan jelas menceritakan hukum “melabuhkan” adalah dilarang dan berdosa sekiranya melebihi dari mata kaki.Hal ini kerana orang yang melabuhkan pakaiannya dianggap sombong dan perilaku seorang muslim adalah sentiasa merendah diri sesama manusia.Hubungan yang baik antara manusia dijaga dalam islam supaya manusianya saling menghormati antara satu sama lain.Apakah yang akan terjadi jika sekiranya  melabuhkan pakaian jika kita tidak sombong? Adakah tidak berdosa?Didalam hadis ini tidak dinyatakan bagi sesiapa yang tidak bersikap sombong dan hanya yang berniat sombong ,Allah tidak akan menyukainya.Para ulama telah membahaskan mengenai ini dan menyatakan tentang kejadian di dalam hadis.

 Maksud: Daripada Ya’kub B. ‘Ashim sesungguhnya beliau mendengar asy-Syarid berkata:     Dari kejauhan, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melihat seorang lelaki yang menjulurkan (melabuhkan) pakaiannya (seluarnya) sehingga terseret. Maka beliau pun bergegas menemuinya (berlari-lari anak) menuju kepada orang tersebut. Lalu beliau menegurnya:   “Angkatlah kain pakaianmu dan bertaqwalah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala”.Maka orang tersebut pun berkata:“Sesungguhnya aku seorang yang memiliki kaki yang bengkok (seperti huruf X) dan kedua lutut-ku tidak stabil ketika berjalan”.Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tetap menyatakan:“Angkatlah pakaianmu, kerana sesungguhnya semua ciptaan Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah bagus”.Maka setelah peristiwa tersebut, tidaklah kelihatan lelaki tersebut melainkan dengan pakaiannya (seluarnya) sentiasa terangkat hingga pada tengah-tengah kedua betisnya atau di bawah sedikit. (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 39/470, no. 18656. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Silsilah ash-Shahihah, 4/15, no. 1441).


    Maka hadis ini menjelaskan bahawa,nabi bergegas menegur lelaki tersebut supaya meninggikan pakaianya tanpa tidak mempersoalkan lelaki tersebut samada berniat sombong atau tidak.Nabi terus menegurnya walaupun lelaki terbabit mempunyai alasan.Dan ditegaskan disini bahawa nabi seolah-olah amat mengambil berat dari sudut larangan Isbal.Nabi amat mengasihi umatnya supaya menegah daripada melabuhkan pakaian  agar dihindari dari api neraka dan Nabi berbuat demikian bertujuan untuk Allah sentiasa mengasihi umatnya .Setiap larangan mempunyai hikmah dan sebab tertentu kenapa nabi melarangnya. Adapun dengan sebab ini Islam itu menjaga seseorang itu daripada sentiasa dirahmati dan disayangi oleh Allah .Kerana setiap amalan dan perbuatan melambangkan peribadi seseorang dalam kehidupan seorang muslim.

0 comments:

Post a Comment

 
;