Monday 3 December 2012

Aprilfool! Indahnya bila disaat mengenakan orang,oh bestnya dapat kenakan si polan dan si polan . Apa faedahnya hasil dari gurauan ucapan aprilfool? Dapat menghiburkan hati  atau dapat mengguris hati orang. Disaat tarikh ini terlihat kisah duka dan sayu sehinggakan menguris hati kita sebagai orang mukmin. Tragedi pada abad ke 8 pada zaman pemerintahan panglima thariq bin ziyad mulai menakhluk daerah-daerah di sepanyol daripada dibawah takhlukan puak kafir. Dibawah pemerintahan islam keadaan beransur-ansur menjadi aman dan ramai penduduk kafir dalam negeri sepanyol mulai menunjukan minat terhadap agama islam melalui pemerintahnya yang berwibawa dan sikap yang rendah diri. Sikap yang ditunjukkan oleh pemerintah amat disenangi oleh masyarakat sepanyol dan mula mempelajari amalan kehidupan orang islam.


Sejak dari itu banyak orang-orang islam di sepanyol bukan saja hanya tertumpu kepada pembacaan al-quran malah menjauhkan dari pergaulan bebas ,arak dan segala yang dilarang dalam islam . sehingga ke abad ke 6 masyarakat islam di bumi sepanyol hidup dalam keceriaan.

Malah di sebalik keceriaan ,terdapat segelintir perjudis yang ingin menghapuskan islam dengan bermacam agenda untuk menjatuhkan islam malahan seringkali gagal. Keadaan menjadi goyah apabila puak kafir menemukan cara untuk menjatuhkan islam dalam diam,mereka melemahkan iman masyarakat islam melalui pemikiran dan budaya.

Malah mereka menghantar ulama-ulama palsu untuk mengkucar kacirkan iman masyarakat islam di sepanyol. Bukan setakat itu sahaja mereka mula menghantar arak secara percuma dalam wilayah islam,golongan pemuda pula mereka dihasut melalui dendangan muzik.

Maka keadaan menjadi gelap dalam kerajaan islam ,satu persatu wilayah islam tumbang di bawah tentera salib dan zionis.mereka menakhluk semua wilayah sehingga ke wilayah Granada. Penduduk islam di Granada di bunuh dan diseksa oleh tentera-tentera salib  bukan sahaja tentera islam di bunuh malahan penduduk awam kaum wanita dan kanak-kanak juga turut sama dibunuh dengan kejam.mereka mula meniupkan api dari setiap rumah sehinggakan hampir semua hangus dijilat api.

Bahkan mereka di janjikan selamat daripada dibunuh melalui kapal-kapal yang telah disediakan untuk sesiapa yang ingin selamat  . Ada diantara sebahagian penduduk islam yang resah,hanya mendiamkan diri di dalam rumah kerana enggan percaya dengan aturan janji yang dikatakan. Dan sebahagian yang lain mula menyiapkan pekakasan dan kelengkapan untuk lari dari wilayah itu menyelamatkan diri masing-masing,tetapi bukan mudah kata-kata manis yang dihamburkan oleh tentera salib itu 100 peratus boleh dipercayai,mereka akhirnya turut dibunuh semasa penduduk sepanyol berada didalam kapal yang dijanjikan.kapal-kapal musnah dibakar oleh mereka.

Dengan satu teriakan oleh ketua mereka,anak-anak kecil dan golongan wanita dibunuh tanpa belas kasihan ,keadaan menjadi hiba di saat semuanya dibunuh,jerit tangis sayu kedengaran malahan darah mengalir bergenang di setiap sudut,laut berubahah menjadi merah kehitaman.Tiada satu pun yang terselamat, Granada jadi medan darah Umat Islam.

Dan peristiwa besar ini penganut kristian merayakan dengan satu hari yang di gelar Aprilfool merupakan tragedi pembunuhan beramai-ramai masyakarat islam di Granada. Sebab itulah mereka merayakan hari aprilfool dengan membenarkan pembohongan dalam masa yang sama disulami dengan dalih hanya sekadar hiburan semata-mata. Tragedi ini sangat menyedihkan bagi umat islam dengan penyembelihan saudara-saudara islam tanpa sebab. Sungguh memalukan sekiranya umat islam merayakan hari yang membunuh beribu-ribu umat islam. Apa kebaikan yang kita dapat dalam menyambut aprilfool? Sudah tentu tiada apa-apa yang kita dapat disebalik,mempersendakan orang.

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”
Maka tidak perlulah kita terikut-ikut dengan budaya asing yang boleh memudaratkan iman kita sebagai orang islam.

0 comments:

Post a Comment

 
;