Pada awal subuh, seorang pemuda bangun dan
mempersiapkan diri untuk pergi ke masjid,semasa dalam perjalanan ke masjid dia
telah terjatuh lalu mengotorkan pakaiannya, dia pulang untuk mengambil wudhuk
dan terus melangkau pergi ke masjid untuk kali yang kedua. Semasa dalam
perjalanan,beliau sekali lagi terjatuh di tempat yang sama dan mengotorkan
pakaiannya.lalu pemuda itu pulang untuk membersihkan dirinya dengan pakaian
yang baru dan bersegera menuju ke masjid untuk kali ke tiga,semasa dalam
perjalannya ke masjid kelihatan seorang lelaki muda menyapanya lalu berkata”
aku melihat kamu jatuh di tempat yang sama sebanyak dua kali dan aku membawamu
lampu untuk menerangimu .Lelaki itu berterima kasih di atas perbuatan lelaki
muda tersebut.Maka mereka bersama-sama menuju ke masjid.
Setibanya di
masjid,pemuda tersebut mengajak teman barunya untuk sama-sama menunaikan solat
di dalam masjid,tapi malangnya lelaki muda itu menolak,dicuba beberapa
kali,tetap dengan jawapan yang
sama.Lelaki muda tersebut tiba-tiba bertukar wajah menjadi lembaga
hodoh.Alangkah terkejutnya pemuda tersebut lalu lembaga itu memperkenalkan
dirinya ialah syaitan.
Syaitan menjelaskan
kepada pemuda tersebut,akulah yang telah menjatuhkan kamu semasa kamu berjalan
ke masjid.Dan di saat itu Allah telah mengampunkan semua dosamu. Aku cuba untuk
menjatuhkan kamu untuk kali ke dua tetapi kamu tetap tidak berubah fikiran dan
tetap berhasrat untuk pergi ke masjid. Dan di saat it jua lah Allah telah mengampunkan dosa
keluargamu. Aku harus pastikan yang kamu selamat sampai menuju ke masjid kerana
aku takut bahawa Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu.
Dapat dirumuskan disini setiap
perkara yang baik itu akan mendapat ganjaran mengikut niat kita janganlah kita
abaikan sesekali sesuatu niat yang baik. Kerana kita tidak pernah tahu ganjaran
yang bakal kita perolehi dari segala kesulitan yang kita hadapi demi
melaksanakan niat yang baik itu.
0 comments:
Post a Comment