Tangan Kidal vs Tangan Kanan
Definisi Kidal
Kidal bermaksud seseorang individu
yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri lebih banyak daripada tangan kanan
dalam perbuatan.Dalam masyarakat dunia,10 peratus dari 6.7 bilion populasi
manusia menggunakan tangan kidal dalam urusan harian.Ada pakar yang menyatakan
bahawa orang yang menggunakan tangan kidal ini disebabkan faktor genetik dan
keadaan persekitaran.Tetapi kidal tidak juga melibatkan dari genetik latar
belakang keluarga bahkan dalam sesuatu keluarga itu ada seorang sahaja yang
bertangan kidal.
Ada teori lain yang menyatakan punca kidal ini disebabkan oleh tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi dalam kandungan.
Ada teori lain yang menyatakan punca kidal ini disebabkan oleh tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi dalam kandungan.
Secara umumnya orang yang
menggunakan tangan kidal dan tangan kanan tidaklah mempunyai perbezaan yang
ketara. Akan tetapi jika ianya dikaji secara mendalam ,terdapat perbezaan yang
kemungkinan boleh membezakan antara keduanya.Hubungan diantara otak dan Kidal
secara amnya lebih menggunakan otak kanan .Ini kerana otak kita berfungsi secara
songsang,otak yang kanan menguasai tubuh badan di sebelah kiri manakala otak
yang di sebelah kiri pula cenderung
menguasai tubuh badan yang di sebelah kanan . Otak yang di sebelah kiri
(kecenderungan menggunakan bahagian
kanan)menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan
sains.Otak yang di sebelah kanan
(kecenderungan menggunakan bahagian kiri) menguasai muzik, seni, kreativiti,
tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
Orang kidal Bijak?
Dengan penguasaan otak kanan
dikatakan individu kidal ini lebih bijak dari segi seni ,kreativiti dan
kebijaksanaan.Memang ramai orang-orang tersohor menggunakan tangan kidal bukan
kerana kidal tetapi mereka 80 hingga 90
peratus menggunakan kedua-kedua bahagian otak.Ini berpendapat bahawa si
bertangan kidal ini bukan sahaja menggunakan otak kanannya secara maksima malah
mereka juga turut menggunakan otak kiri lebih banyak daripada orang biasa yang
menggunakan otak kiri. Orang kidal menggunakan hampir keseluruhan bahagian otak
kerana secara ringkasnya mereka juga turut melakukan beberapa kerja yang
melibatkan penggunaan tangan kanan.Dan secara automatik orang yang bertangan
kidal ini menggunakan hampir kedua-dua belah otak daripada orang biasa.Bijak
atau tidak itu bergantung kepada individu .kanan atau kiri tetap sama ,yang
memisahkan antara bijak atau tidak hanyalah usaha yang dilakukan untuk berjaya.
TOKOH-TOKOH KIDAL
Tokoh ternama
Aristotle (Ahli falsafah)
Mahatma Gandhi (tokoh keamanan),
Isaac Newton (saintis)
Albert Einstein (saintis)
Henry Ford Jr., (automobil)
Bill Gates (Teknologi Maklumat)
Seni ( suara, lukis, pertahanan diri/peperangan )
Saidina Umar Al-Khattab
Julius Caesar,
Alexander the Great,
Napoleon Bonaparte dan Isterinya,
Leonardo Da Vinci
Kelebihan Dan Kekurangan
1.Kesukaran bagi individu si kidal
Bagi individu kidal ini kesukaran
menulis didalam buku tebal(diari,buku log, dll) lebih susah kerana individu
kidal terpaksa menulis dari kiri ke kanan dan sebab itu mereka mempunyai gaya
yang tersendiri dalam menulis.
Kerusi meja(kerusi kuliah) meja
kerusi didalam kuliah dicipta khusus untuk orang yang bertangan kanan maka
individu kidal ini perlu menyesuaikan diri agar lebih selesa untuk menggunakan
kerusi meja ini.Penggunaaan peralatan lain seperti tetikus,gunting,peralatan
dapur dan lain-lain.Individu kidal juga dipercayai mempunyai beberapa kelemahan
dalam aspek pengurusan,kesihatan,pendidikan,kerjarumah,dan
sebagai seorang
pelajar.
2.Kelebihan
Seseorang yang menggunakan tangan
kiri dikatakan mampu berfikir dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan orang
yang menggunakan tangan kanan. Selain daripada itu, hasil daripada kajian yang
telah dilakukan oleh Dr Alan Searleman St. Lawrence juga mendapati bahawa tahap
IQ orang yang menggunakan tangan kiri adalah lebih tinggi. Selain itu, orang
yang menggunakan tangan kanan juga mudah untuk menggunakan pelbagai peralatan.
Makan Dengan Tangan kanan
Rasulullah saw bersabda, “Wahai
anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah
seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)
Orang yang beragama islam mestilah
makan dengan tangan kanan.Dipercayai orang kidal terutama di Malaysia ini
menggunakan tangan kanan ketika makan,melainkan ada yang menggunakan sudu lebih
tetap untuk memilih menggunakan tangan kiri. Alangkah baiknya jika menggunakan
tangan kanan ketika makan, ikutan sunnah nabi.kan3
0 comments:
Post a Comment