Aprilfool! Indahnya bila disaat
mengenakan orang,oh bestnya dapat kenakan si polan dan si polan . Apa faedahnya
hasil dari gurauan ucapan aprilfool? Dapat menghiburkan hati atau dapat mengguris hati orang. Disaat tarikh
ini terlihat kisah duka dan sayu sehinggakan menguris hati kita sebagai orang
mukmin. Tragedi pada abad ke 8 pada zaman pemerintahan panglima thariq bin
ziyad mulai menakhluk daerah-daerah di sepanyol daripada dibawah takhlukan puak
kafir. Dibawah pemerintahan islam keadaan beransur-ansur menjadi aman dan ramai
penduduk kafir dalam negeri sepanyol mulai menunjukan minat terhadap agama
islam melalui pemerintahnya yang berwibawa dan sikap yang rendah diri. Sikap
yang ditunjukkan oleh pemerintah amat disenangi oleh masyarakat sepanyol dan
mula mempelajari amalan kehidupan orang islam.
Sejak
dari itu banyak orang-orang islam di sepanyol bukan saja hanya tertumpu kepada
pembacaan al-quran malah menjauhkan dari pergaulan bebas ,arak dan segala yang
dilarang dalam islam . sehingga ke abad ke 6 masyarakat islam di bumi sepanyol
hidup dalam keceriaan.
Malah
di sebalik keceriaan ,terdapat segelintir perjudis yang ingin menghapuskan
islam dengan bermacam agenda untuk menjatuhkan islam malahan seringkali gagal. Keadaan
menjadi goyah apabila puak kafir menemukan cara untuk menjatuhkan islam dalam
diam,mereka melemahkan iman masyarakat islam melalui pemikiran dan budaya.
Malah
mereka menghantar ulama-ulama palsu untuk mengkucar kacirkan iman masyarakat
islam di sepanyol. Bukan setakat itu sahaja mereka mula menghantar arak secara
percuma dalam wilayah islam,golongan pemuda pula mereka dihasut melalui
dendangan muzik.
Maka
keadaan menjadi gelap dalam kerajaan islam ,satu persatu wilayah islam tumbang
di bawah tentera salib dan zionis.mereka menakhluk semua wilayah sehingga ke
wilayah Granada. Penduduk islam di Granada di bunuh dan diseksa oleh
tentera-tentera salib bukan sahaja
tentera islam di bunuh malahan penduduk awam kaum wanita dan kanak-kanak juga
turut sama dibunuh dengan kejam.mereka mula meniupkan api dari setiap rumah
sehinggakan hampir semua hangus dijilat api.
Bahkan
mereka di janjikan selamat daripada dibunuh melalui kapal-kapal yang telah
disediakan untuk sesiapa yang ingin selamat
. Ada diantara sebahagian penduduk islam yang resah,hanya mendiamkan
diri di dalam rumah kerana enggan percaya dengan aturan janji yang dikatakan.
Dan sebahagian yang lain mula menyiapkan pekakasan dan kelengkapan untuk lari
dari wilayah itu menyelamatkan diri masing-masing,tetapi bukan mudah kata-kata
manis yang dihamburkan oleh tentera salib itu 100 peratus boleh
dipercayai,mereka akhirnya turut dibunuh semasa penduduk sepanyol berada
didalam kapal yang dijanjikan.kapal-kapal musnah dibakar oleh mereka.
Dengan
satu teriakan oleh ketua mereka,anak-anak kecil dan golongan wanita dibunuh
tanpa belas kasihan ,keadaan menjadi hiba di saat semuanya dibunuh,jerit tangis
sayu kedengaran malahan darah mengalir bergenang di setiap sudut,laut berubahah
menjadi merah kehitaman.Tiada satu pun yang terselamat, Granada jadi medan
darah Umat Islam.
Dan
peristiwa besar ini penganut kristian merayakan dengan satu hari yang di gelar
Aprilfool merupakan tragedi pembunuhan beramai-ramai masyakarat islam di
Granada. Sebab itulah mereka merayakan hari aprilfool dengan membenarkan
pembohongan dalam masa yang sama disulami dengan dalih hanya sekadar hiburan
semata-mata. Tragedi ini sangat menyedihkan bagi umat islam dengan
penyembelihan saudara-saudara islam tanpa sebab. Sungguh memalukan sekiranya
umat islam merayakan hari yang membunuh beribu-ribu umat islam. Apa kebaikan
yang kita dapat dalam menyambut aprilfool? Sudah tentu tiada apa-apa yang kita
dapat disebalik,mempersendakan orang.
Rasulullah
SAW pernah bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia
sebahagian daripada mereka.”
Maka
tidak perlulah kita terikut-ikut dengan budaya asing yang boleh memudaratkan
iman kita sebagai orang islam.
0 comments:
Post a Comment