Insan bertuah didalam tamadun islam
diberi nama Muhammad Bin Isma’il Bin Ibrahim Bin Al-Mughirah Bin Bardizbah
Al-Bukhari Al-Ju’fi atau turut dikenali
dengan Abu ‘Abdillah.Beliau telah dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah
bersamaan hari jumaat di Bukhara(Uzbekistan).
Al-Imam Al-Bukhari adalah seorang
yang sangat cermat dan teliti dalam meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah.Pencinta
ilmu ini yang sanggup berkorban sebahagian besar hidupnya bagi menjejaki sunah
Rasulullah S.A.W .Beliau merupakan antara ahli hadis yang termashur di samping
para hadis yang lain.
Sewaktu kecilnya Al-Imam Al-Bukhari
telah hilang penglihatannya,maka Ibunya berkali-kali memohon doa daripada Allah
supaya menyembuhkan penglihatan anaknya.Dan pada suatu malam,ibunya telah
bermimpi didatangi oleh nabi Ibrahim a.s.Dalam mimpinya itu nabi Ibrahim a.s
berkata” wahai si ibu yang mulia Allah telah telah mengembalikan penglihatan
anakmu disebabkan doamu yang tulus dan ikhlas”.
Terjaga dari mimpi si ibu mendekati
Al-Imam Al-bukhari sambil melihat sendiri mata anaknya yangpulih.Berkat doa
ibunya,terbuka hatinya untuk mendalami ilmu dengan lebih dalam,Ibunya merelakan
anaknya berjauhan semata-mata pergi menuntut ilmu.Beliau telah mengembara
beribu batu untuk mempelajari hadis,menuntut ilmu,dan mengamalkan hadis-hadis
Rasulullah.Kecintaan dan minat yang mendalam dalam menuntut ilmu amat ketara
sejak muda remaja lagi. Kesungguhannya dapat dibuktikan lagi apabila Imam Al
Bukhari pernah bermusafir 8,000 kilomoter semata-mata untuk mendapatkan
sepotong hadis.
Sebahagian ahli ulama’ memberinya
gelaran ‘Amirul Mukminin Fil Hadis’ kerana disebabkan oleh ilmunya yang meluas
dalam bidang hadis.Diantara kitabnya yang termashur adalah ‘Al-Jamik ‘.Beliau
telah menyusun daripada 600,000 hadis yang dipilih untuk dimuatkan dalam
kitabnya selama 16 tahun.Beliau menyaring dan meneliti hadis-hadis yang
diterimanya sebelum disklasifikasikan sebagai Hadis Sahih.
Suatu ketika ,beliau pergi ke rumah
seorang perawi hadis dan beliau melihat orang berkenaan sedang menabur sesuatu kepada binatang
ternakannya. Dan beliau melihat bahawa orang tersebut menabur pasir untuk
mengumpan haiwan ternakannya supaya datang menghampirinya.Melihat daripada
perbuatan orang tersebut,terdetik di hati Al Imam Al-Bukhari ,kalaulah orang
ini boleh tidak berlaku jujur dengan binatang,dia juga mungkin boleh tidak
jujur terhadap ilmu.Lalu beliau berjumpa dengan orang itu tetapi tidak
mengambil hadis daripadanya.Al-Imam Al –bukhari tidak pula mencela atau
mengumpat mereka sebaliknya beliau menyatakan “hadis ini tidak mencukupi
syarat-syarat yang diperlukan untuk diangkat sebagai hadis sahih atau hadis ini
tidak dipakai orang”.
Semasa beliau ingin menulis sesebuah
hadis di dalam kitabnya, beliau akan berwudhuk dan solat sunat dua rakaat .Bagi
beliau ilmu ini adalah wahyu Allah jua,maka kepadanya untuk meminta pertolongan
supaya menyempurnakan hadis yang ditinggalkan oleh rasul tercinta.Melalui
ratusan ribu hadis yang dihafalnya, Imam Bukhari memilih hadis-hadis sahih
menurut kriterianya, yang merupakan kaedah penelitian secara ilmiah dan
berstruktur. Ini termasuklah pertimbangan dari sudut sanad (jaluran riwayat)
hadis itu, apakah perawinya boleh dipercayai dan dapat diterima daripada sudut
keperibadiannya dan kredibilitinya. Selepas penelitian rapi, Imam Bukhari hanya
menyertakan 9,082 hadis terpilih dalam kitabnya, Sahih Bukhari.
0 comments:
Post a Comment