Telaga Zam-Zam
Telaga Zam-Zam sudah lama dikenali
sejak dari zaman Nabi Ismail a.s sewaktu ibunya Siti Hajar berlari-lari diantara
bukit safa dan marwah semata-mata untuk mencari sumber air di padang pasir yang
jerlus itu.
Seorang pengkaji pernah
diperintahkan oleh raja faisal menyelidiki telaga air Zam-Zam untuk menjawab
tuduhan kotor seorang doktor dari mesir.
Pada tahun 1971, seorang doktor dari
mesir mengatakan bahawa air Zam-Zam ini tidak elok diminum .Beliau berpendapat
bahawa air Zam-Zam ini berasal dari air sisa buangan penduduk kota mekah yang
meresap, kemudiannya mendap lalu terbawa bersama-sama dengan air hujan dan keluar
dari telaga air Zam-Zam.Berita ini telah sampai kepada pengetahuan Raja Faisal,
lalu Raja Faisal memerintahkan Menteri Pertanian Dan Sumber Air supaya
memeriksa masalah ini dan menghantar sampel air Zam-Zam ke
Laboratorium-Laboratorium di eropah untuk di analisis.
Tariq Hussain, jurutera kimia yang
bekerja di Institut Pemurnian Air Laut turut sama mendapat tugas untuk
menyelidikinya.Tariq belum mengenalpasti gambaran dan bagaimana telaga Zam Zam
boleh menyimpan air yang begitu banyak .Ketika sampai di dalam sumur, Tariq
terkejut ketika menyaksikan bahawa ukuran telaga air Zam-Zam Cuma 18x14 kaki
saja (kira-kira 5x4 meter).
Bagaimana telaga yang kecil ini
boleh mengeluarkan berjuta gelen air setiap musim hajinya. Dan sejak zaman Nabi
Ibrahim a.s.Penyelidikan menunjukkan, mata air Zam-Zam boleh mengeluarkan
sebanyak 11-18 liter air persaat. Dengan demikian, setiap minit akan dihasilkan
660 liter air .Tariq mulai mengukur kedalaman air telaga, dia meminta
pembantunya masuk ke dalam air.Ternyata air telaga itu hanyalah mencapai
sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci lalu dia
menyuruh pembantunya memeriksa dari satu tempat ke tempat yang lain ternyata
tidak ditemukan apapun.
Dan sekali lagi pembantunya disuruh
berdiri dan diam seketika di dalam air itu dan setelah itu pembantunya
merasakan terdapat pasir-pasir halus menari-nari dibawah telapak kakinya. Air
itulah yang keluar dari dasar telaga.Ketika masa pengepaman air dibuat untuk
dialihkan ke tempat pendistribusian air, dia merasakan air yang keluar dari
dasar telaga sama besar seperti sebelum tempoh pengepaman.Aliran air yang
keluar,besarnya sama di setiap titik di semua kawasan.
Keistimewaan telaga
Bagaimana di kawasan gurun batu yang
tandus, kering dan panasnya boleh mencecah sehingga 500 darjah celsius itu
boleh muncul sebuah telaga yang tidak pernah kering sejak ribuan tahun silam
malah telah di ambil oleh berbillion manusia semenjak penemuannya. Ini salah
satunya nikmat Allah bagi para Jamaah haji yang langsung dapat merasakan
nikmatnya air ditengah-tengah padang pasir.Air Zam-Zam juga adalah air yang
digunakan oleh Jibril semasa mencuci hati nabi Muhammad S.A.W di sumur Zam-Zam.
Bahwa Nabi saw bersabda : “Datang
kepadaku seseorang (Jibril). Kemudian ia mengeluarkan hatiku. Setelah itu
dibawalah kepadaku piala yang terbuat dari emas yang penuh dengan iman, lalu ia
mencuci hatiku. Setelah itu menuangkan isi piala itu kepadaku. Kemudian hatiku
dikembalikannya seperti sediakala.” (H.R. Bukhari dari Sa’sa’ah).
Perbezaannya, air Zam Zam di dapati
mengandungi kandungan Kalsium dan Magnesium yang tinggi yang menjadi salah satu
faktor air Zam Zam ini dapat memberi kesegaran dan semangat kepada para jemaah
haji yang mengalami jerit payah dan keletihan ketika mengerjakan ibadah haji.
Lebih dari itu, air Zam Zam mengandungi rangkaian unsur fluorin yang berfungsi
untuk membasmi kuman. Subhanallah! Di antara mukjizat yang terdapat pada air
Zam Zam lagi ialah, di dalamnya tidak pernah membiak tumbuhan kulat atau
hidupan-hidupan lain yang terdapat di dalam telaga-telaga lain sehingga
membuatkan rasa serta baunya berbeza-beza.
Hasil uji kaji makmal di Eropah ini
telah menggagalkan usaha barat untuk menanamkan keraguan terhadap mukjizat air
Zam Zam. Namun begitu, tanpa bukti uji kaji makmal seluruh umat Islam telah di
yakinkan terlebih dahulu melalui rekod sejarah air Zam Zam yang semenjak
kira-kira 4900 tahun dahulu lagi telah di gunakan sebagai minuman oleh jutaan
jemaah haji tanpa mengalami sebarang masalah malah memberi khasiat yang luar
biasa.
Nabi s.a.w. bersabda,
خَيْرُمَاءٍعَلَىوَجْهِالأَرْضِمَاءُزَمْزَمَفِيهِطَعَامٌمِنَالطُّعْمِوَشِفَاءٌمِنَالسُّقْمِ
“Sebaik-baik
air di muka bumi adalah air zam-zam. Air tersebut boleh menjadi makanan yang
mengenyangkan dan sebagai ubat kepada penyakit.”
0 comments:
Post a Comment