Allah telah menciptakan semua kejadian di langit dan di bumi
kepada hamba-hambanya untuk beribadah kepadanya.Kita sebagai makhluk yang di
anugerahi oleh Allah dengan akal fikiran merasa bersyukur dengan nikmat yang telah
Allah berikan. Allah menyuruh kita memperbanyakkan amalan kebaikan dengan
segala mengingati apa yang disuruh dan menghindari apa yang di larang.Allah
s.w.t juga menasihatkan kita supaya sentiasa berlumba-lumba dalam menuju amal
kebaikan.
firman Allah s.w.t
dalam surah surah Al-Baqarah “Maka berlumbalah kamu (dalam membuat)
kebaikan.” (Surah al-Baqarah, ayat 148).
Setiap amal yang kita lakukan di dunia ini mendapat ganjaran
disisi Allah .Tidak kiralah amalan yang kita lakukan itu samaada kecil atau besar.Adakalanya
amalan yang kecil itu dianggap mudah bagi kebiasaan orang dan dipandang enteng
namun di saat amalan itulah yang ianya sangat berharga di sisi Allah. Di dalam
sebuah hadis nabi
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki
berguling-guling (bergembira) dalam syurga hanya kerana dia memotong dahan
pokok di bahu jalan yang mengganggu manusia.” – (Hadis riwayat Muslim)
Hadis ini mengisahkan seorang pemuda berhenti di bahu jalan
dan melihat sebuah dahan pokok yang menggangu orang yang lalu lalang. Dahan
pokok itu kelihatan hampir-hampir hendak tumbang ke tanah.Maka dengan perasaan
bimbang pemuda tersebut memotong dahan pokok itu itu di alihkan.
Disebabkan di
atas perbuatan pemuda tersebut Allah telah mengurniakan ganjaran syurga
terhadap lelaki tersebut kerana amal kebaikannya yang mempunyai perasaan kasih
kepada orang lain daripada ditimpa bencana.Allah telah merahmatinya dan
membalas perbuatannya dengan nikmat yang paling bermakna dan penuh kenikmatan .
Sebenarnya kita tidak tahu apakah amalan
yang kita lakukan di dunia ini ,mendapat keberkatan dan rahmat dari
Allah.Ganjaran dari Allah itu tetap ada namun hanya amal kita itu yang
menentukan samaada dirahmati mahupun tidak.Bahkan setiap kali kita melakukan
amalan seharian namun jika tidak mendapat keberkatan dari Allah seolah-olah
sia-sia lah amal perbuatan yang kita lakukan.Kita tidak lari dari melakukan
kesilapan walhal dalam perkara yang kita tidak sedar ,namun sentiasalah berbuat
perkara yang memberikan anda keberkatan dengan niat yang murni dan tulus
semata-mata kerana Allah s.w.t.
0 comments:
Post a Comment