Dunia sembunyikan fakta besar
tentang
ka’abah.
ka’abah.
Ternyata Bukan GMT Bukan Di
Greenwich, Tapi Di Kaabah (Bukti Fakta Ilmiah)
Istilah Ka’bah adalah bahasa Al Quran dari kata “Ka’bu” yang bererti “Mata
Kaki” atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. Ayat 5/6 dalam
Al-quran menjelaskan istilah itu dengan “Ka’bain” yang bererti ‘dua mata kaki’
dan ayat 5/95-96 mengandungi istilah ‘Ka’bah’ yang ertinya nyata “mata bumi”
atau “sumbu bumi” atau kutub pusingan utara bumi.
Ka’bah adalah pusat bumi sepertimana
yang didakwa oleh Neil Amstrong. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah
penelitian Ilmiah.Semasa Neil Amstrong keluar ke Angkasa untuk pertama
kalinya,beliau mendapati bumi telah tergantung ditengah-tengah suatu tempat
yang gelap.
Para Astronot telah mengumumkan di
internet bahawa planet bumi itu mengeluarkan semacam radiasi,ternyata radiasi
itu adalah berpusat di kota mekah.Tapi malangnya website itu dihapuskan atas
sebab-sebab tertentu oleh sebahagian konspirasi barat untuk menyembunyikan
fakta yang sebenar mengenai kota mekah. Yang mengejutkan adalah radiasi
tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini dibuktikan ketika mereka
mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus.
Neil Amstrong amat kagum hasil
penemuannya bahawa kota Mekah itu adalah pusat bumi seperti mana yang
dipercayai oleh pengkaji-pengkaji muslim yang percaya kota mekah itu adalah
satu penghubung antara Ka’bah di bumi dan Ka’bah di Akhirat.
Makkah Pusat Bumi.
Prof. Hussain Kamel mendedahkan di dalam penelitian terhadap penentuan
arah kiblat di kota-kota besar di
dunia,Ia menarik garis-garis di atas peta dari kedudukan ketujuh benua terhadap
kota mekah lalu mengamatinya dari jarak masing-masing.Ia memulai menampakkan
garis-garis yang sejajar hanya untuk memudahkan unjuran garis bujur dan garis
lintang.
Ia menyedari di sekeliling garis
lingkaran yang mengelilingi kota mekah itu adalah ketujuh benua,pada yang sama
ia bergerak bersamaan dengan keliling luar benua-benua tersebut. (Majalah
al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos 1978).
Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, menekankan
hasil yang sama ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi
lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.
Telah menjadi teori yang mapan secara
ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama usia geologi yang
panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan
ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makkah.Kajian
ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan dimaksud untuk
membuktikan bahawa Makkah adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun, kajian ini
diterbitkan di dalam banyak majalah sains di Barat.
Allah berfirman di dalam al-Quran
al-Karim sebagai berikut:
‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu
Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura
(penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya .’
(Asy-Syura: 7)
Kata ‘Ummul Qura’ bererti pusat bagi
kota-kota lain di sekeliling kota mekah, dan yang lain hanyalah berada di
sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang penting di
dalam kultur Islam.Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka
Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan
pada awal kajian ini. Mekah adalah keunggulan dari kota-kota yang lain.
Makkah atau Greenwich
Kota mekah adalah kota yang berada
di tengah-tengah paksi bumi sebagaimana yang dikuatkan dengan penyelidikan dan
gambar-gambar yang membuktikan lagi bahawa Mekah adalah satu-satunya pusat
rujukan waktu dunia bukanlah Greenwich sepertimana di yakini oleh
pengkaji-pengkaji barat.Dengan penemuan yang amat cemerlang ini boleh
mengakhiri kontroversi lama selama 4 dekad yang lalu.
Penentangan dan perbalahan ilmiah
terus lagi mengakibatkan dunia akur dengan majoriti negeri-negeri di dunia ini
di bawah jajahan inggeris mengenai Greenwich adalah pusat bumi.Mereka
berpendapat bahawa kota mekah merupakan wilayah kosong yang melalui kota suci
tersebut dan ia tidak melewati Greenwich di Britain.Jika waktu di kota mekah di
terapkan dalam penggunaan hubungan masa di dunia ini,mudah bagi umat islam
mengetahui waktu solat.Ada beberapa ayat dan hadits nabawi yang menyiratkan
fakta ini. Allah berfirman, ‘Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup
menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat
menembusnya melainkan dengan kekuatan.’ (Ar-Rahman: 33)
Kata aqthar adalah bentuk jamak dari
kata ‘qutr’ yang bererti dia, dan ia merujuk pada langit dan bumi yang
mempunyai banyak diameter.Dari ayat ini dan dari beberapa hadis dapat difahami
bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh
lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, maka itu bererti
bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.Selain itu ada
hadis yang mengatakan bahawa Masjidil Haram di Makkah, tempat Ka’bah berada itu
ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh bumi (maksudnya tujuh
lapisan yang membentuk bumi).
sumber
sumber
0 comments:
Post a Comment