
Senangnya kan bila kita memberi si
penerima membalas dengan ucapan terima kasih, alangkah bahagianya hati si
pemberi dengan ungkapan-ungkapan seperti itu. Malah dengan terima kasih juga
mungkin membolehkan kita menjaga hubungan baik antara persaudaraan. Ungkapan
yang manis dan penuh makna dalam sesebuah perhubungan. Amalan yang baik dan
cantik ini kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat Malaysia .hanya
kerana sikap riak dan sombong dan ego yang tinggi dalam diri menyebabkan kita
kurang sedar kesannya semasa kita menuturkan terima kasih.
Amat-amat senang ucapan terima kasih
malah hendak mengucapnya bagaikan air yang mengalir . mungkin jarang
ucapan-ucapan seperti itu di bibir mulut kita yang hanya tahu memberi dan diam
. Mengapakah ucapan kalimah terima kasih amat dititik beratkan dalam urusan
kehidupan?mungkihkah sekadar suka-suka atau ada nilai yang tersendiri.kita
memahami bahawa konsep terima kasih dituturkan hanya untuk sekadar ikutan
harian. Malah kita tidak tahu yang ucapan terima kasih itu memberi seribu erti
.daripada ucapan itulah yang boleh membezakan samaada kita ini insan yang
menghargai ataupun sebaliknya. Sedih rasanya bila kita melakukan pertolongan
ikhlas dengan percuma tanpa mengharapkan ganjaran tetapi disudahi tanpa berkata
apa-apa terhadap apa yang kita lakukan.
Hati yang sakit terubat jua bila orang
menghargai hasil apa yang kita sudah lakukan.tetapi mengapa masih berat mulut
untuk menuturkan perkataan terima kasih ini. Kita hendak orang mesra dengan
kita tetapi kita dalam tidak sedar lenyapkan hubungan kemesraan antara
persaudaraan.mungkin di saat ini bolehkah kita mengekalkan di hati dan tetapkan
amalan terima kasih itu mudah dan sentiasa mudah disebut dalam pelbagai cara
dalam menjalinkan perasaan harmoni dalam perhubungan.
0 comments:
Post a Comment